Kumpulan Budak Solat
Posted by Yin Hasni , Wednesday, 7 July 2010 13:00
Actually "Kumpulan Budak Sembahyang" tapi saya lebih prefer "Kumpulan Budak Solat". Cuma kisah kanak-kanak sekolah. Sesuatu yang boleh dikongsi sebab kalau nak bercerita memang berjela-jela. Hari-hari memang macam-macam cerita 2A.
Al-Kisahnya....
Setelah dicabar untuk dia pergi solat Zuhur sendiri pada waktu rehat di surau sekolah. Alhamdullillah, dalam 1-2 hari tu dia beritahu yang dia dah solat di surau sekolah. Katanya ramai orang tiada apa yang perlu ditakutkan. Jadi mulai hari tu dia cuba untuk tidak lepaskan waktu solat.
Sekian hari berlalu menjadi seminggu dan sebulan, dia ajak 2-3 orang kawan-kawannya solat.Alhamdullillah, sekarang dlm 4-5 orang rasanya yang solat sama-sama dengan dia.
Moto kumpulan, Mesti Bersikap Baik
Setakat ni dia faham apa yang dia buat seboleh-boleh berbuat baik. Cuba dengar cakap ibu, mengaku kalau memang salah dia, dengar cakap cikgu, siapkan kerja sekolah secepat mungkin.
Perubahannya buat diri ini sedar sebenarnya diri ini masih banyak yang perlu diperbaiki. Selagi daya selagi bernyawa jangan putus asa.
"Dengan segala kegagalanku, kesilapanku dan kesalahanku. Moga jadi panduan untuk aku meniti hari-hari mendatang. Jadi panduan moga tidak tersasar lagi. Jadi pengajaran kepada yang masih meniti zaman. Moga aku mampu membentuk anak-anakku ini"
Cahaya Mata Suci Bintangku
